Sejarah Kolej Kolej_Vokasional_Lahad_Datu

Kolej Vokasional Lahad Datu dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Lahad Datu (SMVPLD). Kolej ini merupakan satu-satunya kolej vokasional yang menawarkan kursus pertanian di Sabah.  Kolej ini dibina di atas tapak seluas 128 ekar (52 hektar) . Kolej ini terletak di kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan,  bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Segama, Lahad Datu. Kolej ini mula menawarkan kursus sehingga peringkat Diploma (Diploma Vokasional Malaysia) pada tahun 2013 selepas dijenamakan semula selaras dengan tranformasi Bahagian Pendidikan  Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan antara program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Lahad Datu,